...lalu si anak kecil itupun merengek-rengek.Ditarik-tarik tangan ayahnya,ditarik-tarik tangan ibunya.
Ayahnya mendukung adik kecil.Adik kecil yang tak tahu sebarang makna."Nak tu!",beritahu si anak kecil
pada ayahnya..Ayahnya hanya menggeleng kepala tanda kurang setuju."Yang dekat rumah pun tak habis lagi",jawab si ayah.
Lalu,ibu muda pun menarik tangan si anak kecil."Balik nanti kita beli",janji ibu muda.Anak kecil mengangguk tanda setuju.
Dan mereka pun singgahlah membeli kuih tepung pelita kegemaran ibu muda dan air tembikai susu kegemaran si ayah
di gerai hujung bazaar.Ketika mahu pulang,si anak kecil merengek lagi.Kali ini dia menuntut janji.Lalu jawablah
si ibu muda "yalah-yalah,kalau tak makan jaga!",bunyi macam mengugut setelah tahu tricknya tidak berjaya.
Mereka pun singgah balik di gerai tadi."choco 1",tunjuk si anak kecil.Penjual tersengih.Dihulurkan dadih coklat dan
disambut dengan RM1.20."Mahalnya,saya selalu beli tak boleh dapat diskaun ke?"sindir si ibu muda.Dan apa jawapan penjual???
-ditulis untuk member2 yang pernah jual dadih bersama2 di bazaar Ramadhan
-Fahmi,Abdullah Khalid,Akem,Bob,Hery,Pdos Bunch,
hoho! mcm tu pon ada :)
ReplyDelete