Friday, April 19, 2013

Itali,AC Milan dan Chelsea (dan kenapa)

dari 1995-2010..


Ok,ni bab bola..seingat aku pada tahun 1995,aku ada simpan majalah FIFA Worldcup 1994..Masa tu tak banyak info pun yg boleh tau pasal team luar negara ni...jadi majalah review ni ja la sumber aku..Dalam majalah tu,aku lebih tertarik info pasal pasukan ITALY..entah kenapa..kira zaman tu aku dah kenal la Paolo Maldini,Dino Baggio,Roberto Baggio ni..
Masuk zaman 1996,ada pulak kejohanan Euro..tu pun tak tengok sangat..tp dah boleh crita la kat orang sapa tu Paul Ince atau Steve McManaman...Sebab mgkin player ni agak menonjol dlm kejohanan tu..
Tahun 1998 aku dah darjah 6..so banyak benda pasal bola dah ikut..dah mula jugak p stadium tgk liga tempatan..Masa ni aku dah ambil tau skit2 pasal player Itali,Gianfranco Zola dgn Roberto DiMatteo..Depa ni pulak penah main Chelsea,so mcm ada pengaruh Itali la dlm team tu..
World Cup 1998 diadakan di Perancis,game pertama Itali ialah menentang Chile(2-2)..Roberto Baggio antara player senior yg dipanggil dl kejohanan tu..malangnya Itali(finalis 4 tahun sebelumnya)kalah pada Perancis di suku akhir..melalui tendangan penalti..player yg miss penalti tu Dimetrio Albertini dan Luigi Di Biagio..Player Perancis Marcel Desailly selepas itu berpindah dr AC Milan ke Chelsea...
Tahun 2000,Holland dan Belgium anjur Euro bersama..aku tengok game Italy dari 1st game sampai Final..Masa tu org akan ingat Francesco Toldo,Francesco Totti,Filippo Inzaghi...
Inzaghi kemudian berpindah ke AC Milan.....
Start dari situ aku follow AC Milan..musim 2002/2003 ialah tahun terbaik Milan - menang UCL di Old Trafford tewaskan Juventus.. AC Milan bawah pengurus Carlo Anchelotti..
Pada masa ni,Zola masih bermain untuk Chelsea (jadi topscorer Chelsea season tu)..so... Chelsea jadi team favourite aku la dalam Epl..Aku tengok masa tu Chelsea ada seorang keeper yg sangat bagus,Carlo Cudicini,dia ni start kareer dgn AC Milan..
Tiba-tiba musim 2003-2004 Chelsea berubah,menjadi team billionaire..buat pembelian mega..antaranya Andrian Mutu dr Parma,Hernan Crespo dr Internazionale..Tahun berikutnya 2004-2005 Hernan Crespo dipinjamkan ke AC Milan..Pada tahun tu,Milan layak ke UCL Final di Istanbul tapi tewas walaupun buat jaringan awal 3-0 pada 1st half..2 daripadanya menerusi Crespo..Chelsea hanya layak ke semifinal selepas tewas dgn Liverpool.
Musim 2005-2006 Hernan Crespo kembali ke Chelsea,Chelsea menang gelaran liga..
Selepas Itali menang Worldcup 2006...Chelsea telah membeli Andriy Shevchenko dr AC Milan pada musim 2006-2007..AC Milan juara UCL 2006-2007..menentang Liverpool...hasil jaringan Filippo Inzaghi..
Musim 2009-2010..manager Milan Carlo Ancelotti ke Chelsea..Shevchenko pula kembali ke AC Milan..
Jadi mungkin ada sedikit pengaruh pasukan Itali dan AC Milan yang boleh sebabkan aku follow Chelsea