Sunday, August 15, 2010

Ramadhan Ya Ramadhan

Ramadhan kembali bersua..
syukur kita masih punya usia..
Ramadhan disambut semua,
semua benua,pelbagai bangsa..
Melayu,Cina,India,Bangla,Rohingya..

Ramadhan ini bukan sekadar puasa..
bukan sekadar berbuka..
bukan sekadar berniaga..
bukan sekadar nak tunggu raya..
bukan sekadar datang awal ke masjid sebab nak buka puasa saja,

Ramadhan bulan tak perlukan tema..
Bukan seperti bulan merdeka..
Ini anugerah Maha Esa,
Peluang kita tingkatkan amalan,sucikan diri,
Bulan penuh berkat,
bulan mulia,
Lalu ambillah peluang sebaiknya,

Ramadhan adalah untuk semua,
Bukan untuk 1 Malaysia saja...

No comments:

Post a Comment