Loading...

Sunday, September 26, 2010

mereka pergi

dada tiba2 sakit bagai ditumbuk-tumbuk..darah merah terus menyirap..
padahal hati bergemuruh..
jantung plak berdegup pantas..bingung..

yakin pada qada' dan qadar..pesan ibu..
tunduk saja berfikir..memang tak dapat aku mengagak..apakan terjadi selama ini..
kadang keliru,buntu,terpinga..
kerna mungkin hati masih di situ..

Alhamdulillah..
makbul juga doaku selama ni..doa orang tua mereka..

redha..
aku redha saja mereka pergi..seperti yang lain redha aku pergi masa dulu..nasihat ayah belum ku pinta..aku percaya ayahpun kan sebut benda yang sama..kerna ayahpun pernah pergi..

longkang

curah air kelongkang,
buang sampah ke longkang,
buang air kecik pon nk cari longkang,
nak lintas longkang besar perlukan titi
tepi longkang pon ada orang buang baby..

jatuh longkang memang menyakitkan
longkang tersumbat jadi banjir kilat
kereta masuk longkang kena minta tolong orang
main boling jangan bagi bola masuk longkang..hahaha..bodoh
apa benda yang tak pernah masuk longkang ntah

ada pula longkang terus mengalir ke sungai
budak2 suka sangat main kat longkang
ramai jugak kontraktor rebut tender buat longkang

longkang bukan tong sampah pun
tapi cmtu la jadinya
jadi tempat buang
duit RM50 dalam longkang berebut pulak nk ambik!!

Thursday, September 9, 2010

Jalan Di Jalan-jalan

Jummat 3hb..
menyusur bazaar jalan TAR..parking kereta di depan IPD Dang Wangi..RM8..
munyusup masuk..orang kalut mencari juadah..waktu berbuka hampir tiba..aku berbuka dengan air tembikai..tapi rasa sirap yang lebih..cawannya juga kecil..aku mencari serunding daging..bukannya sukar..mungkin setiap 10meter 1gerai serunding..

malam tu aku kembali lagi..di jalan yang sama..dengan beberapa teman..minum pula di depan kasim mustaffa..jln dorai samy..smbil minum bersembang..sembang mencari pengalaman..sembang mencari pengetahuan..sembang sambil berjalan..sembang untuk tau perkembangan..

7hb pula..
aku ambil peluang round sekali lagi di sana..aku pernah katakan aku akan ke sana pada malam selasa..tapi tak pernah nyebutnya dengan siapa..ni kali ke 3 dalam bulan puasa..kebetulan aku sampai juga.
hujan gerimis..orang masih ramai.tak pernah pun kurang.shopping last minute..harga t-shirt ada yang sudah jadi RM39..mahal lagi rasa ku.mungkin sudah murah.aku saja yang rasa begitu..
awek-awek mencari baju raya..
makcik-makcik mencari kueh raya..
abang-abang mencari awek..
aku tak mencari apa-apa..tak siapa kenal aku di sini..dan tak siapa juga yang aku kenal..
sengaja datang melihat orang
sengaja datang melihat barang
sengaja datang membuat ramai
dan ramai juga yang niaga di jalanan..
jalan ini lubuk rezeki..dari menjual barang hingga yang menjaga parking..
semuanya dapat dilihat di jalan ini..
pemandu teksi beratur menunggu penumpang.hanya ini saja pilihan pengangkutan awam pada waktu ini.
ternampak juga budak2 kecil yang ramai.dipimpin oleh 2 3 orang dewasa.mungkin dari sekolah anak yatim.mereka di ajak shopping di sini.lewat malam buta.dalam hujan..bukannya di parkson,jusco yang selesa.kueh raya masih banyak.bermacam jenis dan bentuk.aku tak pernah peduli..sebab ku pasti rasanya sama.baju kurung,tudung,kerongsang,beg,bunga api,steamboat,..semua masih boleh dijual lagi..
aku beredar.hujan masih renyai..beredar ke kota damansara yang sunyi..

Sunday, September 5, 2010

dia bukan godfather

dia bukannya godfather
tapi dia mahu tentukan segalanya
segala arahan mesti dipatuhi
dia bukannya pemodal besar
hanya yang ada hanyalah kerusi empuk

yang taat akan ditatang
yang degil akan ditentang
baik di hati bukanlah jaminan
duit akan mempengaruhi keputusan

dia bukannya godfather
tapi lagaknya sama
hanya hulur tangan untuk dicium
kopi dan rokok tak boleh dipisahkan
walaupun ada yang risau

rambut panjang adalah musuh
ini bukan contoh terbaik
mungkin itulah katanya
meninggi suara adalah jalan terbaik untuk menegur

tapi dia bukan juga godfather
kita punya kenangan manis bersama
aku tak pernah akan melawan
walaupun jarang menurut

Wednesday, September 1, 2010

bila mereka pun pulang ke kampung

bila mereka pun pulang ke kampung
kami berasak-asak di kaunter tiket

bila mereka pun hampir tertidur dalam kereta dengan nyaman
kami tersengguk-sengguk di atas kerusi di puduraya

bila mereka pun membayar tol yang mahal
kami masih membayar harga tiket yang murah sedikit dari tambang kapal terbang

bila mereka selesa di dalam kereta
kami berebut tempat dalam bas persiaran,sekolah atau pekerja

dan mereka pun hanya pulang berdua
kami berhimpit dalam bas yang panas dengan 48orang

bila mereka sedang mendengar sedapnya lagu raya
kami cuba memahami lagu tamil

bila mereka telahpun sampai ke kampung
kami masih menyinggah di ipoh,kuala kangsar,taiping,butterworth.sg.petani

bila mereka pun berehat di rumah
kami sampai dan tercari-cari bas seterusnya

Malam di Danau

mlm merdeka 30 ogos..ni tahun 2010

aku berada di setapak
minum di kedai mamak danau kota
sesak..orang shopping raya di uptown
dalam kedai mamak ada amil zakat

anak muda sebelah meja minta pnjam paper
paper keluar awal hari ni
suasana di danau kota seperti hari biasa..sejak bulan puasa

di depan kedai ni ada digantung jalur gemilang
kedai mamak ni agak patriotik
malam ni boleh dikira dengan jari berapa ramai orang kibarkan bendera pada kenderaan
ada anak2 muda berkonvoi motosikal
ke mana arahnya tak siapa tahu atau peduli
polis asyik membuat rondaan

malam ni malam merdeka
kedai memasang cerita barat di tv
bunga api ala kadar sahaja
masing2 buat hal sendiri
nak hantar mesej line sibuk

aku meneguk kopi o ais
tak tahu harganya sekitar tahun 57
tapi sekarang dah mencecah rm1.50
tu bukan harga di kopitiam2 terkenal

suasana terang sampai ke pagi
aku pasti anak2 muda ramai yang bangun lambat esoknya
mungkin itulah kepuasan merdeka