Loading...

Wednesday, August 25, 2010

Mana kad raya

Di akhir-akhir puasa ni aku teringat akan satu jenis kad.Kad ini dinamakan kad raya.Kad ni digunakan untuk ucap selamat hari raya.Lebih kurang kad-kad lain.Macam kad besday.Aku tak pasti berapa ramai yang masih berutus kad ni sekarang.Tapi aku yakin kadarnya sangat rendah.Celaka!Teknologi mendahului segalanya.Aku pun tak pasti budak-budak sekolah rendah sekarang ni kenal atau tahu fungsi kad ni.Ada sesetengah berpendapat,penggunaannya dianggap ketinggalan zaman.Maklumlah kita sudah punya segala yang terrrcanggih.Penghantaran kad ni biasanya memakan masa.Tu tak termasuk time nak pergi beli kad dan setem.Sekarang semuanya mudah.Petik atau klik saja..Rakyat Malaysia tak suka membuang masa.Tahniah!!

Pada masa kecil dulu,aku sering jugak hantar kad raya.Pada kawan-kawan kelas yg rapat saja selalunya.Family pun,yang terdekat saja.Padahal selalu je jumpa.Paling best pas tangan je.Tak payah setem.Kemudian masuk sekolah menengah tradisi ni masih kuteruskan.Ditambah pulak dah ada awek.Selalunya kad untuk awek amat special.Kalau boleh yang ada lagu.Ayat yang selalu ditulis pulak penuh ikhlas dan jujur.Soalan lazim akan ditanya dulu.Posa penuh tak?Baju raya dah beli?Soalan yang sama akan diulang tahun berikutnya.

Sememangnya bagiku gaya tulisan atau bentuk ayat yang gunakan pena akan gambarkan segalanya.Kalau mintak maaf pun kita tau dia bersungguh.Kalau ayatnya ceria kita tahu dia happy.Termasuklah gambar pada kad.Mungkin ada yang suka kad yang ada unsur humor,ketupat,pelita,masjid.Gambar-gambar ni dipilih dan dihantar pada orang tertentu mengikut kesesuaian.

Pengorbanan paling besar adalah time beli kad,setem dan nak pos.Kalau kita hantar mesej selalunya kita forward atau send to many je.Font pada handset atau pc pulak sama saja.Tak gambarkan apa-apa.Semua orang akan dapat mesej yang sama.Pada awek mungkin lain sikit
skripnya.Ayat akan dikarang dengan romantik.

Jadi kesimpulannya aku tetap memilih untuk menghantar kad.Biar perlu bekorban sedikit.Tapi cara ini lebih memberi kesan.Jadi yang mana lebih anda hargai???Pilihla yang mana anda suka.