Sunday, August 15, 2010

Kita Rawk vol.1-Preview

  • Secara peribadinya,ini merupakan salah satu gig yang ditunggu-tunggu oleh saya.Kebanyakan band yang tersenaraidi flyers-nya merupakan antara band yang cukup unik dan bagus pada saya.Setibanya saya di tempat acara(2.00ptg),kelihatan beberapa band telahpun tiba lebih awal.Organizer pun sibuk bertungkus-lumus melayan karenah pengunjung dan membuat kerja masing-masing.Cuma seperti biasalah,gig mesti bermula lewat dari jadual asalnya.Seperkara lagi yang menarik adalah,sempat juga organizer menyediakan ruang untuk para band dan crew menjual makanan atau t-shirt.(Sekitar3ptg) Wan dan regunya Milie selaku emcee untuk acara itu naik ke pentas untuk memulakan event..Hmm.

THEDOWEDO bermula sebagai band pembukaan dengan gaya muzik yang penuh bertenaga.Cukup minimal ahlinya (3org) dan
instrumen yang digunakan,saya sendiri tertarik dengan frontman band ini,Matt yang tak reti-reti duduk diam!Hehe..
ada potensi untuk pergi lebih jauh.Opening band yang baik.Dan semestinya crowd sudah mula untuk memenuhi depan pentas.
Lagu Rambu-ramba dan lagu terakhir Mimpi yang Sempurna (cover dari Peterpan) akan paling diingati dalam pesembahan kali ini.
Persembahan seterusnya dari THE SPINACH.Band yang dianggotai seramai 4orang.Paling menonjol adalah karisma bassisnya.
Membawakan 4 buah lagu termasuk lagu cover dari Couple dan Harmacy.Riuhnya di kota..lalala.Menyanyikan lagu cover ini
menyebabkan crowd 'sing along' dan menaikkan suasana happening.

Band berikutnya MYLAR NOMEX..Saya pasti crowd mengharapkan sesuatu yang luar biasa.Tapi malangnya sederhana.Lagu Ros
Merah kedengaran suara vokalisnya ala-ala Tam Spider pulak.Hahaha.4 buah lagu melayu yang agak slow dan perlukan penghayatan
bait-baitnya.SHH..DIAM satu-satunya band wanita pada hari itu.Beraksi dengan ramai crowd wanita dan lelaki datang memberi
sokongan...Hot stuff ni beb,lengkap dengan pakej dan gaya tersendiri.Yeah..gaya pun penting woo..Apa yang pasti,
petang itu mereka sekali lagi berkuasa di atas pentas dengan satu persatu lagu mereka menjadi siulan."She's Like Dagger"
dan "Kita"...juga lagu "FrenFries" sebagai lagu terakhir.Performance terbaik pernah saya saksikan sambil melihat
crowd semakin menggila walaupun performance vokalisnya Farah agak tenggelam dibayangi Yon(gitaris kedua).

Sejujurnya inilah kali pertama saya melihat LEECH beraksi.Dan betul,mereka berjaya memukau crowd untuk terus melekat di depan
stage.Gaya frontman yang mantap dan pakej vokalnya kemas dalam muzik yang dibawa.Set yang dikira mendapat sorakan crowd
yang begitu kuat sampai penghujung persembahan...Tiba-tiba Wan terpaksa memimpin band tuan rumah untuk beraksi pada petang
itu bagi menggantikan slot seterusnya memandangkan ROUNDROBIN menghadapi sedikit masalah.Hmm..Sungguhpun crowd masih
sabar menunggu ROUNDROBIN,namun mereka tetap memberikan sokongan padu pada BANDSELIT ini untuk meneruskan acara.Hahaha.
Mereka hanya sempat membawakan sebuah lagu cover dari Blues Gang-"oh Mama Saya Mahu Kahwin"...

Sudah tentu aksi paling ditunggu-tunggu ialah ROUNDROBIN.Vokalisnya agak ramah dan saya sempat jugalah bergurau
dengannya di belakang pentas.Mereka tampil menyampaikan 3buah lagu secara keseluruhan.Sound Mic mengalami sedikit gangguan
ketika lagu "Helah" dan "Masyitah".Sungguhpun stage tidak begitu besar,mereka tetap beraksi dengan penuh semangat
sehinggakan bassisnya tergolek jatuh ke bawah!!Crowd pula siap surfing lagi.Huhh..

AABM kemudiannya naik ke pentas dimulai dengan Aried yang pertama sekali naik.Dengan line-up yang mencukupi,AABM dengan
selambanya bermain dengan begitu kemas.Memberikan sebuah set yang menarik dan sepenuh hati.Membawakan lagu-lagu wajib
mereka tanpa rasa jemu malah bertenaga.Lagu "Make A Wish"terutamanya memperlihatkan kebolehan crowd untuk menyanyi
bersama malah ada yang lagi feeling dari vokalisnya.Haha..Tu semua die hard fan tu..Dan Seperti biasa,aksi Aried
melompat menjadi penutup persembahan AABM pada petang itu.

ANGELIKA ke pentas tanpa mengambil masa yang lama untuk soundcheck.Juga seperti biasa,mereka memukau keseluruhan
penonton jalinan muzik yang padat.Menyampaikan lagu cover dari Lady Gaga dan Kelly Clarkson secara medley pada mulanya.
Dari tepi stage saya mendapati crowd telahpun memenuhi semua ruang..Dan memang rata-ratanya fan setia mereka pun..
Hampir semua lagunya dinyanyikan bersama fan.Sempat jugalah mereka hadiahkan cenderahati kepada organizer.Haha.
Set yang paling lama tapi crowd tidak pula penat atau bosan melayan mereka.Walaupun pertama kali beraksi di sini,mereka tidak
sedikit pun kekok malah dapat menguasai pentas dengan sangat baik.

....THE TICK,saat yang dinanti-nantikan oleh saya secara peribadi muncul sebagai band penutup.THE TICK yang sedari tadi
tidak sabar-sabar beraksi naik ke stage dengan cukup simple.Cukup jelas keterujaan mereka untuk perform sungguhpun
crowd tidaklah sepadat mungkin,tapi penuhla juga kapasiti depan stage tu.Mungkin lebih ramai jika set mereka perform
sedikit awal.Lagu "Nostalgia Sekeping Hati"dan "Berlari Ke Awan" menjadi siulan crowd dan suasana agak rileks
ditambah dengan lagu terakhir yang belum direlease.Sesuai juga dengan mood pada waktu itu di mana crowd kelihatan agak
letih,sebab moshing dari performance band pertama.

Maka berakhirlah satu siri gig yang pada saya cukup memuaskan.Tanpa ada niat terselindung,seharusnya pujian diberikan
pada Haidars Studio(and crew) kerana berjaya menganjurkan sebuah gig yang cukup happening.Pengurusan gig juga dibuat
begitu teratur dan lancar(cuma waktu bermula sahaja..).Masalah nak cover band pun dapat ditutup dengan sempurna.
Tahniah!Dan jutaan terima kasih kepada kalian yang best belaka!!!


Kita Rawk vol.1
17 Julai 2010
Haidars Studio..Danau Kota Setapak..

2 comments:

  1. timakaseh atas review yg menarik ini...teruskan berkarya dlm local scene kita, all the best!

    ReplyDelete
  2. alllllllllllrite!thanks dr Haidar's sekeluarga!

    ReplyDelete