bila mereka pun pulang ke kampung
kami berasak-asak di kaunter tiket
bila mereka pun hampir tertidur dalam kereta dengan nyaman
kami tersengguk-sengguk di atas kerusi di puduraya
bila mereka pun membayar tol yang mahal
kami masih membayar harga tiket yang murah sedikit dari tambang kapal terbang
bila mereka selesa di dalam kereta
kami berebut tempat dalam bas persiaran,sekolah atau pekerja
dan mereka pun hanya pulang berdua
kami berhimpit dalam bas yang panas dengan 48orang
bila mereka sedang mendengar sedapnya lagu raya
kami cuba memahami lagu tamil
bila mereka telahpun sampai ke kampung
kami masih menyinggah di ipoh,kuala kangsar,taiping,butterworth.sg.petani
bila mereka pun berehat di rumah
kami sampai dan tercari-cari bas seterusnya
Wednesday, September 1, 2010
Malam di Danau
mlm merdeka 30 ogos..ni tahun 2010
aku berada di setapak
minum di kedai mamak danau kota
sesak..orang shopping raya di uptown
dalam kedai mamak ada amil zakat
anak muda sebelah meja minta pnjam paper
paper keluar awal hari ni
suasana di danau kota seperti hari biasa..sejak bulan puasa
di depan kedai ni ada digantung jalur gemilang
kedai mamak ni agak patriotik
malam ni boleh dikira dengan jari berapa ramai orang kibarkan bendera pada kenderaan
ada anak2 muda berkonvoi motosikal
ke mana arahnya tak siapa tahu atau peduli
polis asyik membuat rondaan
malam ni malam merdeka
kedai memasang cerita barat di tv
bunga api ala kadar sahaja
masing2 buat hal sendiri
nak hantar mesej line sibuk
aku meneguk kopi o ais
tak tahu harganya sekitar tahun 57
tapi sekarang dah mencecah rm1.50
tu bukan harga di kopitiam2 terkenal
suasana terang sampai ke pagi
aku pasti anak2 muda ramai yang bangun lambat esoknya
mungkin itulah kepuasan merdeka
aku berada di setapak
minum di kedai mamak danau kota
sesak..orang shopping raya di uptown
dalam kedai mamak ada amil zakat
anak muda sebelah meja minta pnjam paper
paper keluar awal hari ni
suasana di danau kota seperti hari biasa..sejak bulan puasa
di depan kedai ni ada digantung jalur gemilang
kedai mamak ni agak patriotik
malam ni boleh dikira dengan jari berapa ramai orang kibarkan bendera pada kenderaan
ada anak2 muda berkonvoi motosikal
ke mana arahnya tak siapa tahu atau peduli
polis asyik membuat rondaan
malam ni malam merdeka
kedai memasang cerita barat di tv
bunga api ala kadar sahaja
masing2 buat hal sendiri
nak hantar mesej line sibuk
aku meneguk kopi o ais
tak tahu harganya sekitar tahun 57
tapi sekarang dah mencecah rm1.50
tu bukan harga di kopitiam2 terkenal
suasana terang sampai ke pagi
aku pasti anak2 muda ramai yang bangun lambat esoknya
mungkin itulah kepuasan merdeka
Subscribe to:
Posts (Atom)