Bila Maghrib pun dekat..
Orang ramai masih sibuk memilih juadah..
Yang berniaga terus menjual..
Asalkan habis tiada yang tinggal..
Ayam percik,kuih-muih,lauk-pauk
murtabak dan air manis antara barang lelongan..
Dijual murah atau bertukar sesama jiran..
Marilah buat-buat macam kita saudara..
Kadang diajak berbuka bersama..
Walaupun hidangan tak seberapa..
Bila Maghrib pun dekat..
Pasangan tua mengheret anak-anak..
Pasangan tua membimbit beg plastik banyak..
Kalau boleh tak mahu berbuka di bazaar..
Pasangan muda tergesa-gesa..
Pasangan muda pun berlari mencari kereta..
Pasangan muda mahu berbuka di rumah sewa..
Pasangan muda sempat bermanja-manja..
Walau tadi berbuka awal dari waktunya..
Bila Maghrib pun tiba..
Air manis pantas disedut..
Kurma terus dikunyah..
Kadang terlupa membaca Bismillah..
Kuih-muih terus dijamah..
Ada yang hanya bersendirian..
Ada yang bersama keluarga..
Ada pula bersama kawan-kawan..
Letih..tapi masih mampu bergurau-senda dan ketawa..
Dan malam pun menjelma..
Dijenguk ke meja,tengok apa yang ada..
Air di bekas masih banyak..
Air gula sudah pun kering..
Lalu dituang ke dalam longkang..
Orang melihat banyak yang menggeleng..
Begitu membazirnya manusia..
Nak sedekah takutnya rugi..
Kalau rajin disimpan semua ke peti..
Esok boleh berniaga lagi..
Jangan bicara soal kualiti..
Ayuh,kita kirakan untung rugi..
Duit banyak terasa laku..
Kalau sikit menongkat dagu!!
No comments:
Post a Comment