Reunion..Perkataan ni sebenarnya baru ku kenal selepas zaman persekolahan..Reunion mungkin bermaksud kembali bersatu
tapi yang satu ni lebih kepada perjumpaan antara kawan-kawan lama.Aku teringat pada tahun 2004,ada seorang rakan baik
menjemput aku ke majlis REUNION.Aku ketawa,mungkin mereka dah mula rindu setelah setahun berhenti sekolah.Idea untuk
anjurkan majlis seperti ini seharusnya disambut baik.Aku sangat berterima kasih dan memuji sikap mengambil berat dan
mahu merapatkan hubungan silaturrahim seperti itu.
Tapi selalunya majlis REUNION akan menjadi kosong dan tidak mencapai tujuan asal jika wujudnya unsur tertentu.Tiap-
tiap tahun majlis REUNION ni mempunyai skrip dan jalan cerita yang sama.Kita akan bertanya soalan yang sama dan
bertukar-tukar no.telefon.Itu saja.Tahun berikutnya kita akan bertukar no.telefon lagi.Selalunya kita akan duduk dan bersembang
dengan rakan yang benar-benar rapat.Ada yang bawa awek @ balak.Kemudian bercerita tentang kerjaya,study,masalah tempat kerja,
kereta baru,awek-awek lama dan tak kurang tentang peluang kerja.Ada juga yang buat-buat mesra padahal selama ni hantar mesej pun payah nak reply.
Rakan-rakan berkepentingan akan diambil no.telefon,e-mel dan kalau boleh nak no.ic..Buat-buat nak Contact kalau ada job.Rakan-rakan lain selalunya akan ditanya
dengan soalan basic saja.Seperti biasa,soalan pekerjaan akan ditanya dulu,bila habis study,dulu ambil ape ek kat kolej,?..Taraf hidup semasa akan menjadi pemisah
andainya ada jurang.Yang berjaya selalunya paling banyak bercerita,sambil letak kunci kereta atas meja,handset pula kejap-kejap berbunyi,rokok pun tak mau kalah.
Ini sangat membosankan.Aku pernah ditertawa kerana naik bas.Aku tak faham di mana komedinya.Pada mereka zaman naik bas dah lama berakhir."Dulu zaman sekolah
bolehlah"-celah malaon mana entah.Kadang-kadang muncul pula seorang cuba nak jadi kepala,cuba ambil perhatian orang lain..
Kemudian mula bercerita tentang zaman sekolah.Seorang lagi akan menjadi bahan untuk dikutuk sambil diikuti gelak tawa tak sudah-sudah.Tak kurang juga yang
menokok tambah.Ada pula yang start bergosip,sambil bisik-bisik.Percayalah andai ada 26 orang dalam majlis tu mewakili 1 abjad,seorang akan
menjadi huruf x,iaitu jarang diberi perhatian.Selalunya orang ni akan bermain handset.Tak pasti samaada hantar mesej atau
buka Facebook.Ataupun buat-buat call kawan tempat kerja.
Aku kurang gemar nak gunakan perkataan REUNION ni.Sebabnya mudah,kita tak pernah pun berpecah.Kita mungkin tak berhubung kerana
kesibukkan kita @ ego masing-masing yang tinggi.Jarang sekali kita berhubung sebab nak bertanya khabar.Aku tak pernah pun menganggap
aku ni berpecah dengan kawan-kawan.Aku sangat rindukan kawan-kawan aku!
Aku teringat satu kisah,hari itu Hari Raya.Aku mengikut kawan baikku ke rumah terbuka kawannya.Tiba di sana,rupa-rupanya
majlis bertukar menjadi majlis REUNION budak-budak sekolahnya.Aku menjadi huruf x.Aku dilihat begitu asing dan janggal.Aku banyak bersalaman tetapi gagal mendapat
kenalan baru.Mungkin latar belakang menjadi ukuran.Aku berpura-pura menonton tv walhal rancangan amatla bodoh ketika tu.Dari situ aku dapat belajar sesuatu.
Selalunya orang akan berbual dengan orang yang dikenali sahaja.Aku langsung tak ambil hati tentang kejadian tu kerana sekurang-kurangnya aku belajar.
Belajar menjadi orang yang tahu menghormati wujudnya orang lain dan tidak berlagak.
Oleh itu aku mengharapkan kita benar-benar tahu tujuan asal REUNION ni selain memahami erti persahabatan sebenar.Dan ku harapkan
usaha ni berterusan kerana kita seharusnya menjadi lebih rapat daripada sebelumnya.Yang lebih pasti kita tak perlu keluarkan wang ringgit untuk berkawan.