Loading...

Tuesday, April 27, 2010

bosannyer


bosan adalah sesuatu perasaan yang manusia cuba elak.Bosan akan tiba bila kita tak buat apa-apa.macam tengah menunggu orang.aku pernah menunggu orang selama
berjam-jam.tapi aku tak ambil hati,jauh sekali akan membalas dendam.
selalunya kita akan buat perkara yg cuba menghilangkan rasa tu.contohnya menyapu sampah,menyanyi,tak pun mesej kawan2.manusia
hanya selesa bila melakukan benda yang tidak
membosankan.adakah rasa ini terlalu ganjil atau dibenci?kita kena tanya apa sebabnya kita bosan.ini kerana bosan juga adalah sesuatu rasa yang harus dihayati.
andai kita terlalu sibuk dengan aktiviti,adakah kita akan tahu nikmat bosan ni?kita bosan kerana kita tidak menilai atau berfikir.
24april ialah hari paling bosan buat aku.tapi aku bukannya menunggu orang.cuma hari ni tak ada orang kat rumah.jadi aku cuba menulis sebab nak serapkan
rasa yang hebat ni.ia umpama perlawanan bolasepak.ketinggalan 0-1.pasukan lawan jaringkan gol minit ke90.masa tambahan 2 minit.permainan cukup hambar
sepanjang perlawanan.
tapi kesudahan agak dramatik.sebab masa tu la baru nak kalut cari gol penyamaan.sepanjang 89minit sebelumnya apa yang penonton buat?masa tu la kita
berfikir.kritik jurulatih.mula keluarkan strategi sendiri."kalau aku jadi coach...."lebih kurang macam tu la bunyinya kan?
bagus2,sebab bosanlah kita akan berfikir.
andai tiada rasa bosan dalam hidup,adakah hidup kita akan sempurna sebagai manusia?jawapannya mungkin tak.bosan itu adalah
cabaran.cabaran untuk kita lakukan sesuatu yang positif..aku tak pasti berapa ramai yang setuju.tapi ini adalah jalan supaya kita
kuat dari segi mental.kerana perasaan bosan ini juga satu anugerah tak ternilai.mungkin inilah masa sesuai untuk membaca atau mengkaji.
lalu aku pun terfikir untuk menulis.menulis tentang apa ku rasa.rasa sayu,sedih,hampa,hiba,kecewa aku elakkan.kerana aku positif.
aku pun tak tidur kerana aku belum rasa mengantuk.kadang2 ada waktunya kita perlu bersendiri.bukan memencil,tapi berfikir.ini benda yang menarik
dilakukan waktu bosan.bukannya menghayati dengan menongkat dagu atau mengeluh.