Tuesday, April 6, 2010

Harimau Masih Muda


Kunjungan skuad kebangsaan Harimau Muda(HM) ke Slovakia yang sekadar
perlawanan persahabatan bukanlah sesuatu yang rugi.Kita tidak harus
memandang dari sudut negatif meskipun terpaksa membayar kepada
kelab2 terbabit.Pengalaman berlatih di Slovakia dalam tempoh yang
agak lama(14 perlawanan tak termasuk friendly lain) seharusnya dimanfaatkan sepenuhnya.
Kenyataan media seolah cuba memperlekehkan usaha FAM kadangkala dilihat
sebagai cobaan menghasut seterusnya mematahkan semangat dan moral HM.
Kita perlu sedar setiap perlawanan persahabatan biarpun di negara sendiri,masih
memerlukan perbelanjaan.HM ke sana bukannya dengan misi memenangi semua perlawanan
(tak juga makan angin) tetapi dengan misi menimba pengalaman berlatih dalam suasana
yang tak pernah kita alami.
Saya secara peribadi tidak begitu tertarik andaikata HM menyertai Liga Singapura.
Mungkin lebih mencabar dari Liga Super,tapi kita masih di Asia Tenggara.
Liga Singapura sendiri ditubuhkan kurang 2dekad!Saya tak memperlekehkan
pembangunan bolasepak Singapura kerana jelas mereka hari ini antara jaguh Asia Tenggara.
Tapi alangkah baiknya jika kita belajar pembangunan bolasepak dari Eropah..
Slovakia yang dulunya bersama Rep.Czech antara jaguh dalam kejohanan EURO.
Tapi kini Slovakia telah berjaya menapak di atas pentas Piala Dunia.Nama-nama
seperti Martin Skrtel dan Marek Hamsik muncul antara pemain berstatus bintang.
Oleh itu semangat anak2 muda dan usaha FAM harus dipuji tatkala kita memang dalam usaha
mempertahankan pingat emas Sukan SEA.Andai gagal sekalipun paluan semangat dan
kekuatan sokongan dari rakyat Malaysia sentiasa diperlukan.Wang bukan segalanya
dalam bolasepak..kita perlukan masa,kesabaran dan kesungguhan.

Majulah Bolaseak Malaysia!!

Uefa Champions League Preview!!

Lyon - Bordeaux (3-1)
Ibarat perlawanan merebut takhta liga domestik.Tapi fizikal,mood dan
pentas perlawanan yang berbeza.Walaupun secara metametiknya Lyon mendahului
dengan kelebihan 2gol,keputusan 2gol tanpa balas juga akan melenyapkan
impian Lyon beraksi di semi nanti jika kecundang di tempat lawan pada
pusingan kedua.Langsung tak mustahil.
Man to watch - Lisandro Lopez(tak pasti samaada Maradonna perlu menambah penyerang di Piala Dunia)

FC Bayern - Man utd (2-1)
Perlawanan ulangan final 1999,tapi diperingkat berbeza.Bayern layak menang dan perlu menang
bagi mengelak tekanan bermain di Old Trafford.Walau kelebihan 1 jaringan,bermain di Old Trafford
nanti ternyata sukar.Man utd akan bermain habis-habisan dan mungkin peluang
kedua-dua pasukan masih 50-50.Bayern akan bermain lebih baik jika Hamit Altintop tidak beraksi.
Man to Watch - Ribery (sebab Rooney tak leh maen)

Internazionale - CSKA Moscow (1-0)
Wakil tunggal Serie A.Kelebihan 1gol agak melegakan Mourinho.Kali terakhir Inter di semi
ialah pada tahun 2003.Perlawanan dalam cuaca sejuk di Moscow ditambah dengan keterujaan membuat
kejutan bakal memaksa Inter bekerja keras.Gandingan Eto'o dan Milito menjadi taruhan.
Mourinho seperti telah melihat keserasian defend-nya.walaupun mempunyai lambakan centreback,
materazzi,cordoba,chivu.nasib baik burdisso dah kena loan.Mungkin ada kejutan.
Man to Watch - Diega Milito (sapa lagi nak skor?)

Arsenal fc - Fc Barcelona (2-2)
kelebihan 2gol jaringan Ibra dipadamkan Arsenal.Ibarat final 2006 kad merah muncul sekali lagi.Carles Puyol
pula menjadi mangsa.Perlawanan di Nou Camp pasti sengit biarpun Barca punya kelebihan.Barca akan turun
tanpa Puyol dan Pique manakala Arsenal tanpa Fabregas.Gabriel Milito dan Rafael Marquez dijangka diturunkan.
Pedro Rodriguez akan cuba mencuri tumpuan.Tapi perlawanan peringkat ni dilihat agak besar bagi dia.
Mungkin Barca akan ke semi lagi tetapi perlawanan tak semudah abc jika terlalu yakin.
Man to Watch - Lionel Messi (Maradonna pun tengok dia)