Kuantan..buat kali ke3 aku menjejak kaki ke sana.Kuantan adalah antara bandar termaju di pantai timur sekaligus meletakkannya
sebagai ibu negeri Pahang DarulMakmur.Bandar ini juga kaya dengan adat dan sejarah masyarakat
Melayu umumnya.Negeri inilah juga yang menyaksikan kehebatan Datuk Laksamana Hang Tuah membawa Tun Teja
pulang ke bumi Melaka.Cheeewah!!!
Kali pertama aku ke Kuantan adalah sekitar tahun 2008.Itupun sebab nak teman rakan baikku
balik nak ambil periuk sebab nak meniaga di bazaar Ramadhan.Kali kedua adalah pada tahun lepas.Aku dan Bob ke sana
dan bermalam di rumah Abdullah Khalid.Dalam 3hari juga la.Tu pun sebab nak tolong Abdullah ni bawa balik kereta ke KL.
Tahun ni lain sikit ceritanya,rakan serumah aku Syamsul Akmal ni bertunang.Jadi,kesimpulannya aku tak ke sana
kalau takde sebab.Tahun depan dia kahwin mungkin aku akan pergi lagi.Insyaallah.
Kami bertolak dari KL pada hari Jumaat2hb.Kami singgah makan tengahari di Batu Caves terlebih dahulu.Kemudian tiba di Genting Sempah
dalam pukul 4.30ptg dan berkumpul bersama keluarga Syam yang dah lama menunggu.Setelah hampir 15minit berjumpa,
kami terus bergerak.Perjalanan itu ku rasakan agak cepat(mungkin juga sebab aku tidur).Lalu kami sampai ke pekan Gambang
pada pukul 6.30ptg.Dan check-in di Hotel Megaview pada 7.30mlm.Tiada aktiviti dibuat malam tu selain persiapan
untuk majlis peminangan esok.Aku ikut Syam pegi rumah mak andam ambil barang hantaran.
Sabtu 3hb,selepas bersarapan pagi,kami terus menuju ke rumah pihak perempuan dalam pukul 10.30pagi.Aku dan Syam
yang tidak terlibat dalam majlis tersebut mengambil keputusan untuk lepak di Teluk Chempedak.2 jam jugalah aku duduk
di sana.Hujan turun agak lebat,tetapi sekejap.Sementara menunggu majlis selesai,aku sempatla juga berjumpa dengan sahabat aku Abdullah Khalid.Tu pun dia
datang lambat kerana aku dah nak balik ke rumah pihak perempuan sebab ada kenduri kecil.Ramai juga tetamu yang hadir.
Laukpun boleh tahan.Aku ambil kesempatan bergambar.Tu pun guna kamera Syam.Selepas habis sesi bergambar tu kami pun balik ke hotel
semula.Sempat jugalah aku tengok hantaran dari pihak perempuan dan makan coklat.Menjelang pukul 6ptg,kami semua keluar berjalan-jalan sekitar
Kuantan,dan singgah di gerai Mok Naa beli buah tangan,seterusnya ke Teluk Chempedak buat kali kedua untuk aku hari ni.
Aku tengok game Man Utd-Chelsea di kedai makan.Kami kembali ke hotel pada pukul 9.35mlm dan keputusan yang aku tau
Chelsea menang....fuhh lega.
Hari Ahad adalah hari terakhir kami di Kuantan.Sebelum bertolak ke KL kami bersarapan di rumah pihak perempuan dulu.(terima kasih
tuan rumah).
Inilah kali pertama aku pergi majlis pertunangan.Nanti mungkin lepas ni ada lagi kawan-kawan lain yang bertunang aku ikut.
Tapi kalau aku bertunang nanti,siapa pula kawan-kawan aku yang nak folllow???