Thursday, July 22, 2010

Jangan Terjun!!!


malam tu macam biasa...panjat tangga dengan teh ais dan burger di tangan.Panjat sampai tingkat 5 memang
agak memenatkan kalau tak biasa..Sampai di tingkat 4 aku berhenti.Bukan sebab penat.Tapi terkejut nampak kucing duduk
atas ampaian..Kalau jatuh ke bawah boleh mati woo..Dia tengok aku.langsung dia tak mahu berganjak..
Aku pun cuba halau dia turun.Tapi dia buat tak tau.Dia asyik dongak ke atas.Aku keluarkan handset,tangkap
gambar.Dia langsung tak melihat ku..
Lantak engkaulah kalau jatuh.Aku terus naik ke atas.Rupanya ada seekor lagi kucing memandang ke bawah..
nak bergaduh rupanya.Dia pula jenguk ke bawah dengan tubuhnya di bahagian luar koridor!!Hebat!
Aku tangkap gambar sekali lagi.Berani sungguh binatang ni.Aku terus munuju ke rumah.
Aku rasa macam tak perlu masuk campur urusan binatang..