Sunday, September 5, 2010

dia bukan godfather

dia bukannya godfather
tapi dia mahu tentukan segalanya
segala arahan mesti dipatuhi
dia bukannya pemodal besar
hanya yang ada hanyalah kerusi empuk

yang taat akan ditatang
yang degil akan ditentang
baik di hati bukanlah jaminan
duit akan mempengaruhi keputusan

dia bukannya godfather
tapi lagaknya sama
hanya hulur tangan untuk dicium
kopi dan rokok tak boleh dipisahkan
walaupun ada yang risau

rambut panjang adalah musuh
ini bukan contoh terbaik
mungkin itulah katanya
meninggi suara adalah jalan terbaik untuk menegur

tapi dia bukan juga godfather
kita punya kenangan manis bersama
aku tak pernah akan melawan
walaupun jarang menurut

Wednesday, September 1, 2010

bila mereka pun pulang ke kampung

bila mereka pun pulang ke kampung
kami berasak-asak di kaunter tiket

bila mereka pun hampir tertidur dalam kereta dengan nyaman
kami tersengguk-sengguk di atas kerusi di puduraya

bila mereka pun membayar tol yang mahal
kami masih membayar harga tiket yang murah sedikit dari tambang kapal terbang

bila mereka selesa di dalam kereta
kami berebut tempat dalam bas persiaran,sekolah atau pekerja

dan mereka pun hanya pulang berdua
kami berhimpit dalam bas yang panas dengan 48orang

bila mereka sedang mendengar sedapnya lagu raya
kami cuba memahami lagu tamil

bila mereka telahpun sampai ke kampung
kami masih menyinggah di ipoh,kuala kangsar,taiping,butterworth.sg.petani

bila mereka pun berehat di rumah
kami sampai dan tercari-cari bas seterusnya

Malam di Danau

mlm merdeka 30 ogos..ni tahun 2010

aku berada di setapak
minum di kedai mamak danau kota
sesak..orang shopping raya di uptown
dalam kedai mamak ada amil zakat

anak muda sebelah meja minta pnjam paper
paper keluar awal hari ni
suasana di danau kota seperti hari biasa..sejak bulan puasa

di depan kedai ni ada digantung jalur gemilang
kedai mamak ni agak patriotik
malam ni boleh dikira dengan jari berapa ramai orang kibarkan bendera pada kenderaan
ada anak2 muda berkonvoi motosikal
ke mana arahnya tak siapa tahu atau peduli
polis asyik membuat rondaan

malam ni malam merdeka
kedai memasang cerita barat di tv
bunga api ala kadar sahaja
masing2 buat hal sendiri
nak hantar mesej line sibuk

aku meneguk kopi o ais
tak tahu harganya sekitar tahun 57
tapi sekarang dah mencecah rm1.50
tu bukan harga di kopitiam2 terkenal

suasana terang sampai ke pagi
aku pasti anak2 muda ramai yang bangun lambat esoknya
mungkin itulah kepuasan merdeka

Wednesday, August 25, 2010

Mana kad raya

Di akhir-akhir puasa ni aku teringat akan satu jenis kad.Kad ini dinamakan kad raya.Kad ni digunakan untuk ucap selamat hari raya.Lebih kurang kad-kad lain.Macam kad besday.Aku tak pasti berapa ramai yang masih berutus kad ni sekarang.Tapi aku yakin kadarnya sangat rendah.Celaka!Teknologi mendahului segalanya.Aku pun tak pasti budak-budak sekolah rendah sekarang ni kenal atau tahu fungsi kad ni.Ada sesetengah berpendapat,penggunaannya dianggap ketinggalan zaman.Maklumlah kita sudah punya segala yang terrrcanggih.Penghantaran kad ni biasanya memakan masa.Tu tak termasuk time nak pergi beli kad dan setem.Sekarang semuanya mudah.Petik atau klik saja..Rakyat Malaysia tak suka membuang masa.Tahniah!!

Pada masa kecil dulu,aku sering jugak hantar kad raya.Pada kawan-kawan kelas yg rapat saja selalunya.Family pun,yang terdekat saja.Padahal selalu je jumpa.Paling best pas tangan je.Tak payah setem.Kemudian masuk sekolah menengah tradisi ni masih kuteruskan.Ditambah pulak dah ada awek.Selalunya kad untuk awek amat special.Kalau boleh yang ada lagu.Ayat yang selalu ditulis pulak penuh ikhlas dan jujur.Soalan lazim akan ditanya dulu.Posa penuh tak?Baju raya dah beli?Soalan yang sama akan diulang tahun berikutnya.

Sememangnya bagiku gaya tulisan atau bentuk ayat yang gunakan pena akan gambarkan segalanya.Kalau mintak maaf pun kita tau dia bersungguh.Kalau ayatnya ceria kita tahu dia happy.Termasuklah gambar pada kad.Mungkin ada yang suka kad yang ada unsur humor,ketupat,pelita,masjid.Gambar-gambar ni dipilih dan dihantar pada orang tertentu mengikut kesesuaian.

Pengorbanan paling besar adalah time beli kad,setem dan nak pos.Kalau kita hantar mesej selalunya kita forward atau send to many je.Font pada handset atau pc pulak sama saja.Tak gambarkan apa-apa.Semua orang akan dapat mesej yang sama.Pada awek mungkin lain sikit
skripnya.Ayat akan dikarang dengan romantik.

Jadi kesimpulannya aku tetap memilih untuk menghantar kad.Biar perlu bekorban sedikit.Tapi cara ini lebih memberi kesan.Jadi yang mana lebih anda hargai???Pilihla yang mana anda suka.

Tuesday, August 24, 2010

BPL 2010/11...Nak macam mana lagi??

Bolasepak inggeris mungkin boleh digambarkan betapa majunya pembangunan dan kualiti bolasepak Eropah itu sendiri..Itu mungkin pendapat sesetengah individu yg fanatik dengan Man Utd,Arsenal,Liverpool atau Chelsea..

Man Utd
pembelian Javier Hernandes yg digambarkan bakal pengganti Ole Gunnar Solskjaer..mungkin..dapat jaringkan gol dlm Community Shield satu kelegaan buat Alex Ferguson,ataupun amaran awal bg seorang peledak baru..Ini boleh menampung kpd masalah striker sedia ada..
Chris Smalling pula dibawa masuk dari Fulham..Game kedua mereka berjaya seri di Craven Cottage.Ini bukan kejutan.

Chelsea
Juara bertahan musim lalu..tampil tanpa Michael Ballack,Joe Cole,Ricardo Carvalho,Deco,Beletti.Masih lagi mengharap Lampard,Drogba,Terry,Petr Cech sebagai tonggak.Pembelian baru seperti Bennayoun,Ramires mungkin boleh sedikit menampung kekurangan..
Bosingwa dilihat bagai new signing dibawah Anchelotti.Menang 6-0 ke atas WesBromwich dan Wigan pd 2 perlawanan pertama sbg mncari keyakinan sblm bertemu team lebih kuat.

Arsenal
Chamakh perlu buktikan yg dia lebih baik dr Eduardo.Itu saja.Pertukaran nombor jersi Van Persie dan Carlos Vela seperti mahu mnunjukkan yg mereka adalah pemain yg perlu mnonjol dlm kempen kali ni..Kemampuan pertahanan perlu ditunjukkan selepas ketiadaan William Gallas.

Liverpool
Pengurus baru.Pemain baru.Seri game pertama..ketika ini Mancity mendahului 3-0.
Joe Cole..bkn penyelesaian masalah posisi sayap kiri.Setelah pemergian Albert Riera,Zenden,Mark Gonzalez,Harry Kewell..Jovanovic?tunggu dan lihat..Aquailani di hantar ke Juventus.Ditampung oleh Poulsen.

Friday, August 20, 2010

teguran si tua

semalam
di bazaar ramadhan tmn melati
segelintiranak-anak muda
ada juga yang tak puasa
merokok,minum,makan
menyorok di belakang motor
sedap benar nampaknya

semalam juga
ku lihat orang tua
lebih separuh abad usianya
menengking,marah,cuba malukan
si anak muda..
ada suara di belakang kudengar
cuba jadi kuah perangat
hampeh hampeh hampeh

semalam
sebenarnya tak siapa pun nampak
si anak-anak muda
tak siapa pun peduli sebenarnya
si anak-anak muda

semalam
ramai saksi cara teguran si tua
menyumpah seranah
berkumandang di bazaar
barangkali sedap didengar

semalam
memang kita perlu menegur
tapi ku pasti itu bukanlah caranya
siapa sebenarnya yang puasa??

Chelsea fc 3rd kid 2010/11

jersi 3rd Chelsea fc..
mcm 2 season lepas kalau tak salah..
nombor kaler hitamla kot..