Sunday, September 5, 2010

dia bukan godfather

dia bukannya godfather
tapi dia mahu tentukan segalanya
segala arahan mesti dipatuhi
dia bukannya pemodal besar
hanya yang ada hanyalah kerusi empuk

yang taat akan ditatang
yang degil akan ditentang
baik di hati bukanlah jaminan
duit akan mempengaruhi keputusan

dia bukannya godfather
tapi lagaknya sama
hanya hulur tangan untuk dicium
kopi dan rokok tak boleh dipisahkan
walaupun ada yang risau

rambut panjang adalah musuh
ini bukan contoh terbaik
mungkin itulah katanya
meninggi suara adalah jalan terbaik untuk menegur

tapi dia bukan juga godfather
kita punya kenangan manis bersama
aku tak pernah akan melawan
walaupun jarang menurut

4 comments:

  1. jat menulih.


    dia adalah godfather,ang kena trima
    cara dia tu cara dia
    gaya dia tu gaya dia
    cakap dia tu cakap dia
    duduk dia tu duduk dia
    marah dia tu mungkin kat semua
    semua pun mungkin marah kat dia
    tp dia adalah godfaher,ang kena trima
    org lain terima.tu pn aku rasa la..
    tp aku pn ada rasa ang nt pn jd mcm dia,
    jd godfather,org lain kena trima,aku pn trima.
    haha.haha.haha

    ReplyDelete
  2. hahahahaha.....pndai ang jat....

    siapa dia godfather turr....

    ReplyDelete
  3. jgn risau....kalo xsuke lompat kuar....kalo suke blk lompat masuk blk...godfather ttp mcm ni...sape bilang die gentar....sket pn x gentar....hehehe
    -ben zubir

    ReplyDelete