Wednesday, September 1, 2010

Malam di Danau

mlm merdeka 30 ogos..ni tahun 2010

aku berada di setapak
minum di kedai mamak danau kota
sesak..orang shopping raya di uptown
dalam kedai mamak ada amil zakat

anak muda sebelah meja minta pnjam paper
paper keluar awal hari ni
suasana di danau kota seperti hari biasa..sejak bulan puasa

di depan kedai ni ada digantung jalur gemilang
kedai mamak ni agak patriotik
malam ni boleh dikira dengan jari berapa ramai orang kibarkan bendera pada kenderaan
ada anak2 muda berkonvoi motosikal
ke mana arahnya tak siapa tahu atau peduli
polis asyik membuat rondaan

malam ni malam merdeka
kedai memasang cerita barat di tv
bunga api ala kadar sahaja
masing2 buat hal sendiri
nak hantar mesej line sibuk

aku meneguk kopi o ais
tak tahu harganya sekitar tahun 57
tapi sekarang dah mencecah rm1.50
tu bukan harga di kopitiam2 terkenal

suasana terang sampai ke pagi
aku pasti anak2 muda ramai yang bangun lambat esoknya
mungkin itulah kepuasan merdeka

No comments:

Post a Comment