Tuesday, April 6, 2010

Harimau Masih Muda


Kunjungan skuad kebangsaan Harimau Muda(HM) ke Slovakia yang sekadar
perlawanan persahabatan bukanlah sesuatu yang rugi.Kita tidak harus
memandang dari sudut negatif meskipun terpaksa membayar kepada
kelab2 terbabit.Pengalaman berlatih di Slovakia dalam tempoh yang
agak lama(14 perlawanan tak termasuk friendly lain) seharusnya dimanfaatkan sepenuhnya.
Kenyataan media seolah cuba memperlekehkan usaha FAM kadangkala dilihat
sebagai cobaan menghasut seterusnya mematahkan semangat dan moral HM.
Kita perlu sedar setiap perlawanan persahabatan biarpun di negara sendiri,masih
memerlukan perbelanjaan.HM ke sana bukannya dengan misi memenangi semua perlawanan
(tak juga makan angin) tetapi dengan misi menimba pengalaman berlatih dalam suasana
yang tak pernah kita alami.
Saya secara peribadi tidak begitu tertarik andaikata HM menyertai Liga Singapura.
Mungkin lebih mencabar dari Liga Super,tapi kita masih di Asia Tenggara.
Liga Singapura sendiri ditubuhkan kurang 2dekad!Saya tak memperlekehkan
pembangunan bolasepak Singapura kerana jelas mereka hari ini antara jaguh Asia Tenggara.
Tapi alangkah baiknya jika kita belajar pembangunan bolasepak dari Eropah..
Slovakia yang dulunya bersama Rep.Czech antara jaguh dalam kejohanan EURO.
Tapi kini Slovakia telah berjaya menapak di atas pentas Piala Dunia.Nama-nama
seperti Martin Skrtel dan Marek Hamsik muncul antara pemain berstatus bintang.
Oleh itu semangat anak2 muda dan usaha FAM harus dipuji tatkala kita memang dalam usaha
mempertahankan pingat emas Sukan SEA.Andai gagal sekalipun paluan semangat dan
kekuatan sokongan dari rakyat Malaysia sentiasa diperlukan.Wang bukan segalanya
dalam bolasepak..kita perlukan masa,kesabaran dan kesungguhan.

Majulah Bolaseak Malaysia!!

No comments:

Post a Comment