Wednesday, August 4, 2010
Dari Kg Melayu
Bergerak dari Kg.Melayu,Ayer Itam ke Ampang Jajar (Seberang Perai) selalunya mengambil masa yg agak lama
jika gunakan public transport...lebih kurang 2jam setengah jugakla..
secara jujurnya,aku tak pernah gunakan perkhidmatan bas sebaik rapid penang sebelum ni di pulau pinang..
Tambang dari Kg Melayu ke jeti (pengkalan Raja Tun Uda) adalah RM2...
Lepas tu,bila dah sampai jeti kena tunggu feri..kalau nasib baik..sampai2 saja feri dah tunggu..
itu kalau..masa nak tunggu feri mmg boleh buat orang menguap 4 5 kali..
masa diambil masa atas feri sekurang-kurangnya 18 minit..
ada yang bace paper..
ada yang tidur..
ada yang tangkap gambar..
ada yang hisap rokok..
ada yang peluk awek..
ada yang bersembang,makan,mengorat,mengumpat...
semua benda la boleh buat atas tu..
Bila dah sampai jeti Butterworth(pengkalan Sultan Abdul Halim),semua org mesti nak berebut2 turun..entah apa la yg dikejarkan..
Sistem bas rapid penang selalunya mengikut waktu..
bukan tunggu orang penuh baru nak jalan..
Tambang dari jeti ke Ampang Jajar RM 1.40..
Perjalanan mengambil masa lebih kurang 15 minit saja..
jumlah tambang (pergi) keseluruhan RM3.40..
kalau campur dgn patah balik jadi RM6.80+1.20(Tambang feri ke Penang)
jadi semuanya???Rm8
Itu baru seorang..kalau seorang ibu ada 3 4 orang anak??
Golongan berpendapatan macam mana yang selalu gunakan bas??????????
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment