Saturday, July 31, 2010
Aku hampir tapau semuanya!!!
petang 23hd julai...hari JUMAAT trus ke
bentong,
raub
lipis,
merapoh,
gua musang
kuala krai,
machang,
and tanah
merah,
sabtu...24hb julai ke besut
,setiu,
kuala terengganu,
marang
,rantau abg,
kerteh
,kemaman,
cherating
and kuantan...
,gambang,maran,
temerloh and
kl..
AHAD-kl,ipoh,bkt gantang dan tertidur di PULAU PINANG!!!.....
Thursday, July 29, 2010
jersi away baru..
Tuesday, July 27, 2010
Monday, July 26, 2010
Thursday, July 22, 2010
Jangan Terjun!!!
malam tu macam biasa...panjat tangga dengan teh ais dan burger di tangan.Panjat sampai tingkat 5 memang
agak memenatkan kalau tak biasa..Sampai di tingkat 4 aku berhenti.Bukan sebab penat.Tapi terkejut nampak kucing duduk
atas ampaian..Kalau jatuh ke bawah boleh mati woo..Dia tengok aku.langsung dia tak mahu berganjak..
Aku pun cuba halau dia turun.Tapi dia buat tak tau.Dia asyik dongak ke atas.Aku keluarkan handset,tangkap
gambar.Dia langsung tak melihat ku..
Lantak engkaulah kalau jatuh.Aku terus naik ke atas.Rupanya ada seekor lagi kucing memandang ke bawah..
nak bergaduh rupanya.Dia pula jenguk ke bawah dengan tubuhnya di bahagian luar koridor!!Hebat!
Aku tangkap gambar sekali lagi.Berani sungguh binatang ni.Aku terus munuju ke rumah.
Aku rasa macam tak perlu masuk campur urusan binatang..
Thursday, July 8, 2010
Haidar's Studio
Bertempat di Danau Kota hampir dua minggu yang lalu,pihak Haidar Resources secara rasminya telah membuka sebuah
studio gig yang baru.Studio yang terletak bersebelahan Uptown Danau Kota dan berhadapan dengan Platinum Walk itu
dinamakan Haidar Studio and Theater.Menampilkan ruang yang lebih besar serta kemudahan-kemudahan lain,studio ini juga
boleh disesuaikan dengan pelbagai acara-acara berkaitan.
Walaupun hanya majlis perasmian kecil,para jemputan yang hadir dianggarkan sekitar 50orang.Majlis yang dirancang bermula
agak lewat.Majlis petang itu dimulakan dengan bacaan doa selamat.Kemudian diikuti ucapan pembukaan oleh pengusahanya
En.Ery bin Zubir.
Sesi kedua diteruskan dengan slot "jamming session" yang disediakan penganjur.Persembahan pertama menampilkan sebuah band
dari komuniti Jiran Muda.Sekadar menyampaikan 2buah lagu termasuk lagu cover dari Wali Band-"Yang".Kemudian disusuli
dengan persembahan pelajar Haidar Studio membawakan lagu cover "Zombie".
Jamuan makan dimulakan sebaik saja band Thedowedo naik ke pentas.Mendendangkan 4buah lagu,sambil vokalisnya Mat
tak habis-habis menyebut soal makan..
Pihak Haidar juga tidak ketinggalan menjemput band AABM and friends.."Membelasah" lagu-lagu hits mereka,nampaknya mereka
begitu selesa di pentas meskipun terdapat sedikit kekurangan disebabkan kekurangan "line-up".Aried vokalisnya tetap
melompat walaupun pada mulanya dikatakan demam..Cholan-cholin tampil dengan sisi berbeza,hanya 2 orang adik beradik,amer
dan kanai yang pada mulanya bermain secara akustik.Tapi berubah rentak pada lagu ketiga sambil dibantu Ery dan Wan.
Acara pada petang itu juga diisi dengan sedikit permainan yang dikelola oleh saudara Wan selaku "emcee".Sebagai
menghargai band yang hadir,saudara Wan telah menjemput wakil-wakil band untuk "jamm" bersama.Lagu yang dimainkan
pada mulanya ialah lagu cover dari kumpulan Kembara sambil posisi gitar utama oleh saudara Fendi.Hampir 5lagu dimainkan termasuk
instrumental.Line-up bersilih ganti,saudara Wan pada mulanya emcee terus memegang gitar bass.Mat dan Aried naik ke pentas semula.Tiba-tiba
kedengaran lagu Mimpi Yang Sempurna-Peterpan.Semua berpandangan sambil tersenyum.
Majlis berakhir kira-kira jam 7malam di mana ramai hadirin telahpun beransur pulang.Majlis ini agak simple tetapi meriah.Walaupun
agak panas,banyak adegan lucu dan menghiburkan dapat disaksikan.Daripada insiden berebut mikrofon sehingga penganjur terpaksa
memberi isyarat last song kerana ada yang tak mahu turun dari pentas walaupun ada lagi band yang belum perform.Tetapi ini bagai
satu titik permulaan yang baik.Dan selamat maju jaya kepada Haidars Crew!Tapi yang hairannya mana NIghtcabin?????
Zionis
"....pantas saja ku meluru masuk ke sebuah restoran makanan segera itu.Hampir jatuh kurempuh seorang
pengemis tua di pintu.Dia tersenyum melihatku.Aku menjeling..Semasa berbaris sempat ku lihatnya di luar cermin
kaca.Terbongkok-bongkok memunggah tong sampah."Makan nasi lemak dari tong sampah?"aku bertanya sendiri.
Tiba-tiba aku terpandang kertas pembalut nasi lemak ditangannya.Aku undur dua tapak ke belakang lalu
benarkan gadis di belakangku memotong barisan.Aku mesti tinggalkan tempat ni.Aku tak rela makan
di restoran yang menyumbang dana kepada zionis!...
pengemis tua di pintu.Dia tersenyum melihatku.Aku menjeling..Semasa berbaris sempat ku lihatnya di luar cermin
kaca.Terbongkok-bongkok memunggah tong sampah."Makan nasi lemak dari tong sampah?"aku bertanya sendiri.
Tiba-tiba aku terpandang kertas pembalut nasi lemak ditangannya.Aku undur dua tapak ke belakang lalu
benarkan gadis di belakangku memotong barisan.Aku mesti tinggalkan tempat ni.Aku tak rela makan
di restoran yang menyumbang dana kepada zionis!...
Subscribe to:
Posts (Atom)