Wednesday, April 21, 2010
Hujan ini tak akan reda..
Kadangkala aku teringatkan Maxwell,
Aku juga teringatkan betapa dinginnya hujan bukit yang mencurah-curah,
Tak lengkap rasanya berjalan tanpa payung,
Walau kadangkala cuaca redup menambah romantik di Taman tasik,
Ia bagai seiring kayuhan bot kayu yang perlahan,Sekali-sekala cuba menongkah arus,
Anak-anak muda ber-siaran di hujung minggu,
Gurau senda,Senada irama dan lagu syahdu,
Kompleks Larut Matang bagai tempat di tumpu,
Aku rindukan jalan-jalan yang mendamaikan di tepi sekolah King Edward vii,
Aku juga masih rindukan suasana di dalam ReD Omnibus,
Asap berkepul,orang tua muda,pelbagai bangsa,
Pelbagai hala,Semua serupa,
Kegelapan stesen bas,buruknya teksi-teksi lama,
pasar malam dan baju-baju bundle yang murah,
Rindu pula makanan yang enak-enak di belakang Balai Bomba,
Keriangan anak kecil melihat harimau,monyet atau singa,
Keresahan orang tahanan,takkan pernah ku lupa,
Bangunan-bangunan lama yang tak lekang dek zaman,
stesen keretapi,rest house atau pasar,
Suasana begitu tenang sekitar pekan,lorong,hospital,masjid,
Kadang ternampak vespa,lambretta,
Bagai berada di zaman dahulu kala,
Tapi sebenarnya aku berada di zaman bila?
Padahal kita bergerak seiring,
tapi ku tahu jiwa rakyatnya merdeka,
Tak mudah diperdaya,walau diketawa,
itu maruah bangsa yang bernyawa,
Ahh,aku masih rindukan Taiping...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
ammar,kenapa hang pindah buttterworth? dulu Taiping kan? sempat reply kad2 raya masa hang dekat Taiping.
ReplyDeletejauh mana kita berlari, tempat lama jugak kita akan kenang :D
AKU RASE NAK WAT LAGU LA DR CITER2 NIHH...HAHAHAH
ReplyDeletetaiping...
ReplyDeletetempat bertuah...
kat situ aku lahir ke dunia...
kat situ keluarga aku terbina...
kat situ, dulu ada harapan...
kat situ aku pernah tangkap gambar keluarga pada hari raya...
lengkap, aku, mak, adik, ayah...
kat situ aku pernah ada rumah...
kat situ aku pernah ada tanah...
kat situ... aku takkan lupa...
manakan hilang jejak ku di taiping kan??
ReplyDelete